Periksa semua bangunan -- Arahan PM kepada JKR ekoran insiden terbaru siling mahkamah runtuh
Oleh Fauzi Jaafar dan Saifulizam Mohamad
KUALA LUMPUR 30 April – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) memeriksa serta-merta semua bangunan kerajaan di seluruh negara selepas kejadian siling runtuh berlaku di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.
Perdana Menteri yang marah dan malu dengan kejadian itu – iaitu insiden ketiga siling runtuh melibatkan bangunan kerajaan dalam tempoh tiga minggu – mahu kontraktor-kontraktor yang cuai dalam pembinaan bangunan-bangunan tersebut dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi.....Read more
Penyelenggaraan bangunan perlu dasar jelas
Oleh Razak Rashid Ghows
PENYELENGGARAAN setiap bangunan kerajaan adalah penting bagi mengurangkan gangguan atau perkhidmatan yang tergendala. Kegagalan menyelenggara bangunan kerajaan dan kemudahan fizikal di sektor awam boleh mengurangkan prestasi sesebuah agensi kerajaan serta memberi kesan negatif di kalangan rakyat.
Beberapa masalah berpunca daripada kerja penyelenggaraan yang tidak sempurna berlaku baru-baru ini meliputi kebocoran di bangunan Parlimen, paip bocor di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, paip bocor di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya serta syiling runtuh di beberapa bangunan kerajaan di ibu negara dan negeri lain.... Read more
|