Spesifikasi
Melaksanakan kerja-kerja yang melibatkan rawatan dan pembasmian anai-anai, semburan di taman, kawalan tikus dan lipas, kawalan nyamuk dan lain-lain.
Kumpulan Pekerja
Pekerja-pekerja berpengetahuan dan terlatih dalam pemeriksaan, rawatan dan pembasmian serangga di dalam bangunan mahupun di kawasan sekitar.
Perlaksanaan
Membuat pemeriksaan di kawasan yang dikenalpasti, menentukan jenis serangga, dan mengenalpasti punca kehadiran serangga. Selain itu mengenalpasti aktiviti serangga dan kadar kawalan yang diperlukan. Pencegahan dari terus merebak dan kawalan kerosakan yang disebabkan oleh anai-anai, dan tindakan seterusnya akan dikenalpasti.
Kadar Kawalan
- Kawalan terhadap tanah dan bangunan.
- Kawalan pembaikan.
- Pemeriksaan rutin di premis oleh juruteknik yang berpengalaman dalam kawalan serangga.
|